mcmc
Uncategorized

PROGRAM KHAS MERDEKA DI NADI KPG TANJUNG BUNDUNG 7 SEPTEMBER 2025

Program Merdeka yang dianjurkan di NADI telah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat. Seramai 60 lebih orang pengunjung telah hadir bagi memeriahkan suasana sambutan kali ini. Penganjuran program ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu menyemai semangat patriotisme, meningkatkan rasa cinta akan negara serta mengenang jasa dan pengorbanan pejuang tanah air.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya pertandingan mewarna, penghiasan pulut kuning, membuat kipas paling kreatif dan mobile lagend untuk esport serta tayangan cerita yang mengisahkan tentang kemerdekaan . Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan antara masyarakat pelbagai lapisan umur.

Secara keseluruhannya, Program Merdeka di NADI telah memberi impak positif dengan menyemarakkan semangat kebangsaan dan menyatukan komuniti dalam suasana penuh harmoni. Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pengunjung, sukarelawan yang telah menjayakan program ini dengan cemerlang. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan Program Khas Merdeka di NADI 🇲🇾✨ Tahniah kepada pemenang pertandingan dan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat merdeka yang hebat! 🎉🤝.(GAMBAR DISINI)