Program “Fun School Break” pada 22 Disember – 29 Disember 2025 di NADI Kampung Tanjung Bundung telah berjaya dilaksanakan bagi mengisi masa lapang kanak-kanak semasa cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah, menyeronokkan dan berunsur pembelajaran. Program ini bertujuan merangsang kreativiti, meningkatkan kemahiran sosial serta memberi pendedahan awal kepada penggunaan teknologi dan aktiviti interaktif dalam suasana yang santai dan selamat.



