mcmc
Keusahawanan

ICON USAHAWAN PEDI TANJUNG BUNDUNG

Encik Junaidi bin Kaderi berasal dari kampung Tanjung Bundung. Beliau dilahirkan pada 7 Oktober 1985 dan merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik.Beliau mendapat pendidikan di Sk Dato Traoh sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di SMK Muara Tuang peringkat SPM . Beliau merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan Keropok Lekor di kampung Tanjung Bundung. Aktiviti utama ialah mengeluarkan produk keropok lekor mentah.  Perusahaan ini adalah milikan tunggal Junaidi Bin Kaderi. kemahiran untuk mengeluarkan produk ini datang nya dari hasil usaha dan rasa ingin mencuba hinggalah terhasilnya resepi ciptaan sendiri. Sebelum beliau menyertai kelas keusahawan di PI Kg Tanjung Bundung, beliau kurang pengetahuan dalam pembuatan email , facebook , dan cara-cara untuk mempromosikan barang jualan. Namun, Melalui bengkel keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kpg tanjung bundung beliau kini bertambah yakin dalam mempromosikan produk beliau melalui laman media sosial seperti facebook, Instagram dan whatsapp. Beliau juga telah berjaya mempunyai kilang keropok lekor pada Januari 2017 yang lepas.

 

 

 download DOp1PdrWkAAx20K