PELAKSANAAN KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH SELURUH MALAYSIA (SRITI TAHFIZ RAUDHATUL ILMI KOTA SAMARAHAN) 10 SEPTEMBER 2025
Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), telah memilih SRITI KOTA SAMARAHAN sebagai platform untuk melaksanakan Kempen Internet Selamat di Seluruh negara bertujuan meningkatkan kesedaran awam khususnya kanak-kanak dan keluarga mengenai keselamatan dalam talian, etika dan tanggungjawab penggunaan internet.
Kempen Internet Selamat di sekolah-sekolah akan digerakkan oleh pejabat MCMC Negeri dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), jabatan dan agensi dibawah Kementerian Komunikasi.
Oleh itu, semalam seramai 5 orang fasilitator dibawah NADI telah ditugaskan untuk mendedahkan KEMPEN INTERNET SELAMAT dengan murid-murid di SRITI KS. Seramai lebih kurang 51 orang terdiri daripada murid tahun 3 hingga 6.
Banyak input yang murid dapat sepanjang aktiviti ini berlangsung, antaranya ialah dapat meningkatkan kesedaran murid SRITI KS mengenai keselamatan dalam talian. GAMBAR DISINI