.Adik Muhammad Ziqri bin Suhaimi merupakan salah seorang peserta program KidsVenture NADI Kampung Tanjung Bundung yang menunjukkan minat dan semangat tinggi dalam aktiviti keusahawanan.Sikap rajin dan keazaman yang ditonjolkan oleh Ziqri jelas memperlihatkan minat mendalamnya terhadap bidang perniagaan dan keusahawanan sejak usia muda. Melalui penyertaan dalam program ini, beliau bukan sahaja mempelajari kemahiran membuat produk makanan, tetapi juga didedahkan kepada nilai kreativiti, kerjasama, dan tanggungjawab sebagai asas penting dalam dunia keusahawanan.
jum lihat video adik ziqri yang sedang kelihatan tekun menguli doh donut dengan penuh kesabaran dan ketelitian yang di lakukan di rumah ketika menolong ibunya .