Video Kisah Kejayaan NADI X Kesejahteraan Kendiri.
Puan Nuratma Bt Marzukie, seorang pengguna setia di NADI Kampung Tanjung Bundung yang mengambil peluang menyertai program “NADI x Wellbeing” untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penjagaan kesihatannya. Pada awalnya, beliau hanya hadir sebagai peserta biasa, namun melalui pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan beliau sering datang ke nadi kerana lebih mudah .Melalui program ini, beliau bukan sahaja mendapat manfaat kesihatan, tetapi juga menjadi contoh positif kepada orang sekeliling tentang pentingnya mengambil berat kesihatan secara prodaktif. Kisah ini menunjukkan bagaimana inisiatif NADI mampu memberi impak kepada kesejahteraan masyarakat, satu peserta pada satu masa.