PROGRAM : PROGRAM CUTI SEKOLAH PENGENALAN KOMPUTER KEYBOARD / apps typing.com DAN MATEMATIK sekolah rendah
| Tarikh : 5 FEBRUARI 2025 Masa : 2.30pm-4.30pm Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung JUMLAH PELAJAR : 6 ORANG |
Tujuan
Program kelas ICT ini adalah untuk memperkenalkan asas keyboard , melatih menaip menggunakan apps typing.com memfokuskan pada penggunaan keyboard dalam pengenalan asas microsoft word dan memperkasa kemahiran matematik
Aktiviti :Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari dan memahami kedudukan huruf dan fungsi setiap kekunci pada papan kekunci (keyboard). Ini merupakan asas penting bagi pelajar yang ingin menguasai penggunaan komputer secara efisien.Secara keseluruhannya, program ini membantu pelajar membina kemahiran asas dalam ICT yang sangat penting untuk penggunaan harian dan untuk kemahiran profesional pada masa hadapan. (Gambar disini)
PROGRAM : KELAS ICT: 5 FEBRUARI 2025 TAKLIMAT BERSAMA JAPEN DAN 15 FEBRUARI 2025 PENGENALAN Komputer keyboard / apps typing.com (KOMUNITI MADANI KPG TANJUNG BUNDUNG)
| Tarikh : 5 FEBRUARI DAN 15 FEBRUARI 2025 Masa : 10.30pm -11.30am Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung JUMLAH PELAJAR : 12 ORANG |
Tujuan
Pada 5 Februari Program NADI X KOMUNITI Kerjasama Dari Japen Kota Samarahan . Menjalinkan hubungan baru antaran Komuniti MADANI dan petugas NADI dan memberi kerjasama dalam menjayakan program-program yang akan dijalankan oleh Komuniti MADANI mahupun NADI.
Pada tanggal 15 Februari pula NADI menjalankan kelas ICT (Asas Komputer) kepada KOMUNITI MADANI KPG TANJUNG BUNDUNG. Objektif kelas ICT ini adalah untuk memperkenalkan asas keyboard , melatih menaip menggunakan apps typing.com memfokuskan pada penggunaan keyboard dalam pengenalan asas microsoft word.
Aktiviti : Pada 5 Februari 2025 ahli komuniti madani diberi pendedahkan 5 pillars yang dijalankan di NADI. Manakala pada 15 Februari komuniti diberi tugasan memlalui apps typing .com untuk melatih diri dalam penggunaan keyboard. (Gambar disini)
PROGRAM : KELAS MAHIR MASAK FEBRUARI
| Tarikh : 4, 8, 11, 15, 18 , 22 DAN 25 FEBRUARI 2025 Masa : 9.30am-10.30am & 11.30am-12.30pm Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung JUMLAH PELAJAR : 5 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas MAHIR MASAK mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman. Masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan, resipi masakan barat dan nyonya. Kursus ini turut melatih bahagian penyediaan dan pembuatan roti dan pastri dan minuman minuman cafe.
Aktiviti : Kali ini peserta diajar bagaimana cara untuk menyediakan membuat cookies almond dan red velvet yang mudah dan sedap. Ini memberi pengalaman baru kepada para peserta. (Gambar disini)
PROGRAM : KELAS MAHIR FOTO FEBRUARI
| Tarikh : 3, 10, 17, DAN 24 FEBRUARI 2025 Masa : 9.30am-10.30am Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung JUMLAH PELAJAR : 1 ORANG |
Tujuan
Kursus ini menawarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.
Aktiviti : Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari cara mengendalikan fotografi menggunakan telefon pintar serta memahami penggunaan Aperture, Kelajuan Pengatup (Shutter Speed), Dedahan (Exposure), dan ISO. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik penggambaran seperti menangkap pergerakan, close-up, pemandangan, dan lain-lain teknik fotografi yang relevan.
PROGRAM : KELAS MAHIR BAIKI GAJET FEBRUARI
| Tarikh : 4, 8, 11, 15, 18, 22 DAN 25 FEBRUARI 2025 Masa : 9.30am-10.30am & 11.30am-12.30pm Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung JUMLAH PELAJAR : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas MAHIR BAIKI GAJET menawarkan latihan berasaskan teori dan amali yang merangkumi penyelesaian masaalah, mengenali komponen, membaik pulih perkakasan dan perisian telefon bimbit dan juga komputer riba.di samping itu juga ia bertujuan melahirkan individu mahir dalam membaiki peranti digital, membuka peluang baru kepada komuniti.
Aktiviti : Kelas MAHIR BAIKI GAJET pada minggu ini pula didedahkan dengan teori merangkumi sejarah & evolusi telefon pintar dan langkah langkah asas keselamatan. (Gambar disini)
PROGRAM : KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR FEBRUARI
| Tarikh : 18 ,15, DAN 22 FEBRUARI Masa : 9.30am-10.30am & 11.30am-12.30pm Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung JUMLAH PELAJAR : 2 ORANG |
Tujuan
Modul KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR Berdasarkan rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.
Aktiviti : Kelas MAHIR pertanian asas pertanian dan asas kesuburun tanah .Gambar disini)
PROGRAM : KELAS MAHIR JAHIT FEBRUARI
| Tarikh : 3, 7, 10, 14, 17, 21 DAN 24 FEBRUARI 2025 Masa : 11.00am-12.00pm & 3.00pm-4.00pm Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung JUMLAH PELAJAR : 2 ORANG |
Tujuan
Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian.
Aktiviti : Peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. (Gambar disini)
PROGRAM : NADI X CYBERSECURITY (WEBINAR SESI 1: “SAFE&SHIELD)
| Tarikh : 10 FEBRUARI 2025 Masa : 3.00pm-4.30pm Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung JUMLAH PELAJAR : 2 ORANG |
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dan memperkasakan diri dengan ilmu keselamatan siber bagi pelajar sekolah pada masa kini. Selain itu, ia dapat melahirkan komuniti setempat yang celik IT.
Aktiviti : Peserta menonton Webinar yang disediakan (Gambar disini)
PROGRAM : BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH ANJURAN KOMUNITI MADANI BERSAMA JKK KPG TJG BUNDUNG LOT FASA 2.
| Tarikh : 15 FEBRUARI 2025 Masa : 8.00am-2.00pm Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung & Surau Baiturrahman Lot Fasa 2 JUMLAH PELAJAR : 50 ORANG |
Tujuan
Bengkel penguusan jenazah adalah program yang bertujuan untuk memberikan pemahaman dan latihan praktikal tentang pengurusan jenazah dalam Islam. Bengkel ini sangat penting untuk memastikan umat Islam memahami cara yang betul dan berlandaskan syariat dalam menguruskan jenazah. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan fardu kifayah dalam masyarakat.
Aktiviti : Peserta belajar tentang tatacara pengurusan jenazah dengan betul dari mandi hingga disolatkan. (Gambar disini)
PROGRAM : NADI X TINY TECHIES (MICROBIT)
| Tarikh : 16 FEBRUARI 2025 Masa : 10.00am-12.00pm Lokasi : NADI Kg Tanjung Bundung JUMLAH PELAJAR : 2 ORANG |
Tujuan
Program pendidikan yang bertujuan untuk memperkenalkan asas pengaturcaraan dan robotik kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Dalam bengkel ini, pelajar akan belajar menggunakan papan pintar micro:bit, termasuk pengendalian sensor, fungsi asas, dan pemikiran logik.
Aktiviti : Peserta menonton Webinar yang disediakan (Gambar disini)