mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025

PROGRAM : NADI x KESEDARAN ( SAFE : Taklimat Perisian Merbahaya SHEILD : Laman Web Berbahaya)

Tarikh   : 9 JUN 2025
Masa     : 3.00pm -5.00pm
Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 6 ORANG 

Tujuan

Program NADI Safe & Shield ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang ancaman perisian merbahaya serta kepentingan melindungi data peribadi. Ia memberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan serangan siber dan amalan keselamatan digital yang betul. Program ini juga menyokong usaha organisasi dalam memperkukuh keselamatan ICT dan memastikan pematuhan terhadap dasar perlindungan data.

Aktiviti : Pelaksanaan aktiviti utama NADI SAFE & SHIELD melibatkan taklimat dan bengkel seperti Taklimat Perisian Merbahaya dan Taklimat Lindungi Data Peribadi. Aktiviti ini dijalankan secara fizikal atau atas talian melalui pembentangan, soal jawab dan simulasi. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta tentang keselamatan digital serta perlindungan data peribadi. (gambar di sini )

PROGRAM :NADI x PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT KELAS MAHIR JAHIT
JUN

Tarikh   : 09 DAN 16 JUN & 3 DAN 20 JUN 2025
Masa     : 9:30 PAGI – 11:30 PAGI &3:00 PTG – 5:00 PTG

Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 4 ORANG 

Tujuan

Tujuan program NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat: Kelas Mahir Jahitan adalah untuk menyediakan peluang pembelajaran kemahiran jahitan secara praktikal kepada peserta dari pelbagai peringkat umur. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran tangan dalam bidang jahitan, membuka peluang keusahawanan, serta menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan komuniti. Ia juga berperanan memperkasakan individu dengan ilmu kemahiran yang boleh dimanfaatkan untuk penjanaan pendapatan dan pembangunan diri secara berterusan

Aktiviti : Kelas Mahir Jahit memberi peluang untuk menambah kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Program ini juga menggalakkan semangat keusahawanan dengan membuka ruang bagi peserta untuk menceburi bidang perniagaan jahitan. Selain itu, ia memberi alternatif produktif untuk mengisi masa lapang, menyokong konsep pembelajaran sepanjang hayat, serta membantu peserta membina keyakinan diri melalui penghasilan produk jahitan sendiri(gambar di sini )

PROGRAM :NADI x CYBERSECURITY WEBINAR CYBERSECURITY : LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA

Tarikh   : 13 DAN 20 JUN 2025
Masa     : 3:00 PTG – 5:00 PTG

Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 4 ORANG 

Tujuan

Tajuk ini mencerminkan kandungan webinar dengan memberi gambaran menyeluruh tentang konsep asas keselamatan siber, cabaran yang dihadapi, serta peranan hacker termasuk ethical hacking dan penetration testing..

Aktiviti : Pelaksanaan utama bagi webinar ini merangkumi beberapa komponen penting yang dirancang untuk memastikan penyampaian ilmu yang berkesan dan interaktif kepada peserta. Webinar ini dijalankan secara dalam talian melalui platform Zoom dan dianjurkan oleh beberapa pusat komuniti digital (NADI) yang terlibat secara aktif dalam pemerkasaan digital masyarakat (gambar di sini)

PROGRAM :NADI DILEA OPEN LIVE CLASS (TINGKATAN 4 & TINGKATAN 5)

Tarikh   : 09,10,12 & 13,20,DAN 23 JUN 2025
Masa     : 3:00 PTG – 5:00 PTG

Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 4 ORANG 

Tujuan

Untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik melalui pembelajaran secara dalam talian yang interaktif, berkualiti dan percuma. Inisiatif ini memberi peluang kepada pelajar, khususnya daripada latar belakang kurang berkemampuan atau di kawasan pedalaman, untuk mengakses kelas tambahan bagi subjek-subjek teras seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Program ini juga bertujuan menyokong pembelajaran berterusan di luar waktu sekolah, membina keyakinan dalam menghadapi peperiksaan seperti SPM, serta menggalakkan penggunaan teknologi secara positif dalam proses pendidikan.

Aktiviti :

Memberi akses percuma kepada kelas tambahan berkualiti, sekali gus meringankan beban kewangan keluarga. Kelas yang dijalankan secara dalam talian membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran dari mana-mana lokasi dengan mudah. Selain itu, sesi dikendalikan oleh guru berpengalaman dengan pendekatan yang interaktif dan mesra pelajar bagi meningkatkan kefahaman serta minat belajar. Program ini juga membantu pelajar membuat persediaan rapi menghadapi peperiksaan seperti SPM melalui latihan dan fokus kepada topik penting. Di samping itu, pembelajaran secara digital ini menggalakkan penggunaan teknologi dalam kalangan pelajar, selaras dengan keperluan pendidikan masa kini. (gambar di sini)

PROGRAM : NADI x TINY TECHIES PROGRAM MENTORING (JUARA)BENGKEL ROBOTIK

Tarikh   : 14 JUN 2025
Masa     : 10:00 PG – 12:00 PTG
Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 4 ORANG 

Tujuan

Tujuan Program NADI x Tiny Techies – Tiny Techies bertujuan untuk mengenalkan dunia teknologi dan pendekatan yang menyenangkan, interaktif, dan sesuai dengan perkembangan usia mereka. Program ini dirancang untuk menumbuhkan minat anak terhadap sains, teknologi, rekayasa, dan matematik (STEM), sekaligus membangun keterampilan berpikir logis, kreatif, dan problem solving. Dengan bimbingan mentor yang inspiratif, Tiny Techies ingin menciptakan generasi muda yang tidak hanya konsumtif terhadap teknologi, tetapi juga mampu menciptakan solusi digital yang bermanfaat di masa depa

Aktiviti :

Program Mentoring (JUARA) telah berjaya diadakan pada 25 Mei yang lepas bagi membimbing peserta dalam bidang teknologi dan inovasi. Mereka di ber latihan .Cabaran dan kuiz untuk menguji pemahaman peserta.. (gambar di sini)

PROGRAM : NADI x NUTURE PROGRAM DILEA JUN LIVE CLASS TINGKATAN  5 (BM, BI, MATH & SEJARAH)

Tarikh   : 14 JUN 2025
Masa     : 10:00 PG – 12:00 PTG
Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 1 ORANG 

Tujuan

NADI x Dilea DiLea NADI-Nurture memupuk pelajar sekolah menengah dengan menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai platform utama penyaluran manfaat untuk menyokong literasi digital dalam pendidikan di Malaysia seiring garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). DiLea NADI-Nurture membantu pelajar: Membina asas yang kukuh untuk masa depanMelengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keperibadian yang diperlukanMemberi sumbangan secara bermakna kepada masyarakat Objektif Dilea: Merapatkan jurang dalam akses pendidikanMemanfaatkan pelbagai teknik pembelajaran dan Memupuk kesediaan pelajar untuk memenuhi tuntutan dunia digital..

Aktiviti :

Menjawab kuiz untuk mengenalpasti kemampuan peserta dan Melalui program ini, peserta berpeluang untuk memperkasakan diri mereka dengan ilmu, kemahiran, dan pengalaman berharga yang boleh digunakan dalamkehidupan dan kerjaya mereka (gambar di sini)

PROGRAM : NADI x CYBERSECURITY WEBINAR CYBERSECURITY : MEMAHAMI RISIKO SIBER DALAM PERMAINAN ONLINE ANAK

Tarikh   : 20 JUN 2025
Masa     : 03:00 PTG – 5:00 PTG
Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 3 ORANG 

Tujuan

Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa dan penjaga tentang bahaya yang mungkin dihadapi oleh anak-anak semasa bermain permainan dalam talian. Antara isu yang dibincangkan termasuk ancaman seperti buli siber, penipuan digital, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai, serta risiko ketagihan permainan. Webinar ini juga memberi panduan praktikal tentang bagaimana ibu bapa boleh memantau, melindungi dan membimbing anak-anak menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab. Dengan maklumat dan pemahaman yang betul, ibu bapa dapat memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan siber anak-anak di dunia digital masa kini.

Aktiviti :

Banyak kebaikan terutamanya dalam memperkasakan pengetahuan ibu bapa mengenai keselamatan siber anak-anak. Dengan mengikuti webinar ini, ibu bapa dapat mengenal pasti potensi risiko dalam permainan dalam talian seperti buli siber, penyamaran identiti dan kandungan tidak sesuai. Selain itu, mereka juga didedahkan kepada langkah pencegahan dan kaedah pemantauan yang berkesan untuk melindungi anak-anak ketika melayari dunia digital. Secara tidak langsung, aktiviti ini membantu mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan sihat untuk generasi muda (gambar di sini)

PROGRAM : NADI DILEA PROGRAM KHAS : Webinar Berkala Matematik (Edisi 2)

Tarikh   : 21 JUN 2025
Masa     : 02:30 PG – 4:30 PTG
Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 3 ORANG 

Tujuan

Program Khas: Webinar Berkala Matematik (Edisi 2) bertujuan untuk membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih jelas, berkongsi teknik menjawab soalan dengan berkesan, serta memberi pendedahan awal dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Webinar ini juga menjadi platform untuk guru dan pelajar berinteraksi serta memupuk minat mendalam terhadap subjek Matematik

Aktiviti :

Program ini memberi banyak manfaat seperti meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik-topik penting dalam Matematik, membantu mereka menguasai teknik menjawab soalan dengan lebih tepat, serta membina keyakinan menghadapi peperiksaan. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung dengan guru atau penceramah berpengalaman, selain memupuk minat dan sikap positif terhadap pembelajaran Matematik. (gambar di sini)