mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OGOS

PROGRAM :CYBERSECURITY WEBINAR SELAMATKAH TELEFON ANDA DARIPADA ANCAMAN?

Tarikh   : 14 OGOS 2025
Masa     : 3:30 PTG – 4:30 PTG

Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 8 ORANG 

Tujuan

Webinar ini membincangkan keselamatan telefon pintar dengan menekankan ancaman seperti spyware, phishing SMS, aplikasi palsu dan penipuan e-wallet. Peserta akan didedahkan dengan kaedah perlindungan asas seperti tetapan keselamatan, kemas kini sistem, serta semakan kebenaran aplikasi. Turut disertakan demonstrasi langsung ‘phone tapping’ dan aktiviti interaktif mengenal pasti aplikasi tiruan.

AKTIVITI

Aktiviti webinar “Cybersecurity: Selamatkah Telefon Anda daripada Ancaman?” merangkumi sesi taklimat dan penerangan oleh pakar mengenai pelbagai ancaman yang boleh menyerang telefon pintar seperti malware, phishing dan aplikasi palsu. Peserta turut didedahkan dengan demonstrasi praktikal cara mengenal pasti mesej mencurigakan, menyemak tetapan keselamatan serta menggunakan aplikasi perlindungan. Bagi menjadikan sesi lebih interaktif, diadakan kuiz keselamatan siber, soal jawab bersama penceramah dan simulasi ringkas bagaimana penjenayah mengeksploitasi kelemahan telefon. Selain itu, peserta diberikan tip dan panduan amalan terbaik seperti penggunaan kata laluan yang kukuh, pengaktifan 2FA dan kemas kini sistem. Sebagai sokongan, peserta juga menerima infografik keselamatan, berpeluang menyertai cabutan bertuah serta menjawab tinjauan tahap kesedaran sebelum dan selepas webinar.(gambar disini)

PROGRAM :NADI DILEA OPEN LIVE CLASS OGOS Webinar Berkala Bahasa Inggeris (Edisi 4 : 16 Ogos 2025) 

Tarikh   : 16 OGOS
Masa     : 3:00 PTG – 4:00 PTG

Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 5 ORANG 

Tujuan

OVERVIEW TOPIC: Pengukuhan format & persediaan UASA

Aktiviti :Membantu pelajar memahami format peperiksaan UASA dengan jelas dan terperinci.Memberi pendedahan kepada strategi dan teknik menjawab yang efektif untuk mendapat markah tinggi.
Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui latihan berfokus pada kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.(gambar disini)

PROGRAM :MAHIR MASAK

Tarikh   : 7,8,14,15,21,22,28,29 OGOS 2025
Masa     :9.30PAGI-11.00PAGI& 3:00 PTG – 4:30 PTG

Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 3 ORANG 

Tujuan

KELAS MAHIR MASAK mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman. Masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan, resipi masakan barat dan nyonya. Kursus ini turut melatih bahagian penyediaan dan pembuatan roti dan pastri dan minuman minuman cafe.

Aktiviti : Pelaksanaann minggu ke 2 ,ke 3, ke 4,5,DAN KE 6 bulan ogos pelajar mahir masak di dedahkan dengan Pembuatan Mocktail,PEMBUATAN KOPI,P.coockies redvelvet dan PEMBUATAN KOREAN GARLIC CHEESE BUN.(gambar disini)

PROGRAM :MAHIR JAHIT

Tarikh   :5,7,12,14,19,22,26 dan 29 OGOS
Masa     :9.30PAGI-11.00PAGI& 3:00 PTG – 4:30 PTG

Lokasi   : NADI Kg Tanjung Bundung
JUMLAH PELAJAR : 3 ORANG 

Tujuan

Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian.

Aktiviti : Peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman (gambar disini)