mcmc
Aktiviti Semasa

PROGRAM KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) @ SK DATO TRAOH

Pada 23 Julai 2025, NADI Kluster Samarahan telah melakar satu lagi langkah positif apabila berjaya menganjurkan Kempen Internet Selamat yang melibatkan pelajar Tahun 6 yang bertempat SK DATO TRAOH, Muara Tuang.

Program ini penuh dengan aktiviti interaktif dan perkongsian ilmu tentang cara menggunakan internet secara bijak, selamat dan beretika. Dari bahaya siber hingga tip menjaga privasi, para pelajar diberi pendedahan penting untuk menjadi pengguna digital yang bertanggungjawab.

✨ Reaksi murid? Seronok, teruja, dan penuh ilmu!

✨ Objektif? Supaya setiap pelajar tahu slogan “Tak pasti jangan kongsi “

Terima kasih kepada semua guru, fasilitator, dan warga sekolah yang menjayakan program ini. Semoga ilmu ini menjadi bekal untuk masa depan yang lebih selamat dalam dunia digital! 🌟

Turut menjayakan program ini dan terima kasih diucapkan kepada ;

NADI KAMPUNG PINANG, NADI KAMPUNG MELAYU, NADI NIUP & NADI KAMPUNG SUNGAI MATA.