mcmc
Aktiviti SemasaBerita Setempat

Program Randau Pembangunan Sosial Peringkat Samarahan(KLUSTER SAMARAHAN)

4 Oktober sehingga 5 oktober 2025

PSetinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Randau Pembangunan Sosial Peringkat Samarahan yang telah berlangsung di Kampung Beliong, khususnya kepada agensi kerajaan, pemimpin masyarakat serta para peserta yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang program ini berlangsung.

Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk berkongsi pandangan, memperkukuh jaringan sosial, dan meningkatkan kesedaran terhadap isu-isu pembangunan sosial demi kesejahteraan komuniti setempat di daerah Samarahan.

Dalam waktu yang sama, kami pihak NADI mewakili MCMC Kuching telah menjalankan beberapa program bagi mengisi atur cara program iaitu dengan penyampaian ceramah Kempen Internet Selamat kepada warga belia dan kanak-kanak di Dewan Kampung Beliong bagi memberi kesedaran kepada komuniti berkenaan keselamatan dalam penggunaan internet. Seterusnya kami juga turut membuka pendaftaran MyDigital Id kepada penduduk setempat serta penerangan fungsi Pusat Sebaran kepada komuniti Tanjung Mbang 💖💖🇲🇾