mcmc
Aktiviti SemasaLaporan Aktiviti

SIRI JELAJAH REACH 6 SEPTEMBER 2025

Program REACH (Saringan Kesihatan Percuma) telah pun dijalankan pada 6 September 2025 yang lepas dengan mensasarkan untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada masyarakat sekitar NADI Kpg Tjg Bundung. Kali ini, bukan sahaja memberikan saringan kesihatan biasa, namun terdapat pertambahan perkhidmatan dimana komuniti juga disaring dari segi tahap kolesterol mereka.

Selain itu, komuniti juga berpeluang mendapatkan nasihat secara terus daripada Doktor yang hadir iaitu Doktor Jess dan M.A Samsudin.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang sudi hadir. Kehadiran anda amat kami hargai. Semoga program ini memberi manfaat dalam menjaga kesihatan diri dan sama-sama kita terus amalkan gaya hidup yang sihat 💙✨🤝